NOVEL HERO

 
Tajuk: HERO (Diadaptasi Dari Drama HERO)

Penulis: Zarina Yasin
Penerbit: NS Star Publication
ISBN: 978-967-14836-0-2
Harga Promosi: RM29.90  RM 20.00

Cara-cara pembelian:

1. Di kedai-kedai buku berdekatan seperti MPH, Popular, I Am Lejen Bookstore, Times dan          Borders.

2. Pembelian secara online  whats app 013-633 7939 atau klik pada ikon Maybank2u berikut:

 

Sinopsis

 

Kematian arwah Zaki memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Khalid, malah kepada seluruh pasukannya. Keseronokan menjalankan tugas dalam pasukan seolah-olah direntap apabila melihat Zaki tumpas di hadapan mata. Umpama mimpi ngeri yang menakutkan, Khalid seolah-olah trauma dengan kejadian tersebut.

Pemergian sahabat baiknya ini telah mengubah perwatakan Khalid. Daripada seorang lelaki yang periang dan suka mengusik, karektornya berubah menjadi serius dan terlalu berhati-hati dalam setiap tindakan. Dia tidak mahu peristiwa yang sama berulang. Tanpa sedar, dia seumpama menjadi pengawal kepada orang- orang di sekelilingnya.

Kehadiran Wana untuk menggantikan tempat arwah Zaki juga kurang disenangi pada awalnya. Khalid berasakan Wana tidak layak untuk bergandingan dengannya kerana sifat semulajadi Wana yang agak feminin. Sebenarnya, dia kurang selesa berpasangan tugas dengan wanita. Tunangan Khalid, Mastura, banyak bersabar dan sentiasa memberikan sokongan meskipun lelaki itu lebih fokus terhadap kerjayanya.

Kemarahan Khalid semakin memuncak apabila mengetahui kematian Zaki adalah berpunca daripada khianat dan api dendam. Antara amanah dengan pembelaan terhadap kematian arwah Zaki, mampukah Khalid mengawal dirinya tatkala berhadapan dengan situasi tersebut?